Legenda dunia seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov. Foto Ihsan Faith Events.

KUALA LUMPUR – Legenda dunia seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov meluahkan rasa teruja apabila menjejaki kaki buat pertama kali di negara ini.

Dia yang berusia 36 tahun itu mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk datang Malaysia dan kini impiannya tercapai.

Malah atlet kelahiran Dagestan, Rusia itu turut memberi bayangan untuk membuka pusat latihan kelab ‘Khabib Nurmagomedov’ di Malaysia.

“Saya sudah lama hendak datang ke sini dan akhirnya ia tercapai, selain timbul idea untuk membuka gimnasium di negara ini.

“Saya pernah berada di Indonesia dan kami memikirkan perkara ini. Mengapa tidak, jika kami buka gimnasium di sini dan bawa jurulatih-jurulatih yang hebat? Ia pasti menjadi idea yang baik untuk semua peminat MMA di Malaysia,” katanya.

Dia berkata demikian selepas menemui peminatnya dalam acara ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khabib muncul dalam program bual bicara sempena acara ‘Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur di sini hari ini yang menampilkan Alif Satar sebagai pengacara.

Sebelum itu, Khabib muncul dalam program bual bicara itu yang menampilkan Alif Satar sebagai pengacara dan bintang muda muay thai negara, Johan Ghazali atau Jojo sebagai tetamu khas.

Kunjungan bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship atau UFC itu sempena Siri Pendidika Sementara itu, kunjungan bekas juara lightweight Ultimate Fighting Championship atau UFC itu sempena Siri Pendidikan Islam, Faith Events 2024.

Khabib Nurmagomedov Live in Malaysia anjuran Faith Events itu telah menarik kehadiran telah menarik kehadiran seramai 1,500 orang dan turut diserikan dengan persembahan khas yang mempamerkan tradisi seni mempertahankan diri Malaysia yang kaya dan sukan tempur global.

Para hadirin juga disajikan ddengan persembahan silat, MMA dan muayh thai oleh Discover Muay Thai, Team Strive MMA Putrajaya, Kelab Muay Thai Singa Malaya dan Gerak Penchak Gayarasa.n Islam, Faith Events 2024.

Sementara itu, Khabib merupakan antara atlet sukan paling berpengaruh di dunia dan memiliki 37 juta pengikut di Instagram.

Dia memulakan latihan seni mempertahankan diri sejak kecil di bawah bimbingan arwah bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov.

Beliau membuat penampilan sulung UFC pada 2011 dan bersara sebagai juara kelas lightweight yang tidak pernah kalah pada 2021 dengan rekod menakjubkan 29-0.

Khabib juga dianggap salah seorang petarung yang paling dominan dalam sejarah sukan UFC dan pada Julai 2022, beliau telah dilantik ke dalam UFC Hall of Fame. – MalaysiaGazette