PUTRAJAYA – Warga pendidik perlu menjadi katalis dan berani ke hadapan dalam menghadapi cabaran untuk meletakkan negara setanding dengan negara maju lain.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, sekiranya golongan itu tidak berusaha menelusuri Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), lebih-lebih lagi dalam gig ekonomi sektor sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru, mapan dan inklusif yang mana pembelajaran dan pekerjaan semakin fleksibel, nescaya mereka tidak lagi relevan di masa depan.
Beliau menjelaskan, di peringkat Kementerian, hala tuju dan pendidikan kerangka yang berasaskan IR 4.0 telah dibangunkan.
“Kerangka hala tuju pendidikan tinggi yang menjurus ke arah penerapan IR 4.0 ini telah digarap dan menjadi panduan kepada institusi pendidikan tinggi (IPT) dalam membentuk kurikulum pendidikan berasaskan pendidikan fleksibel dan lain-lain unsur IR 4.0.