Meng Wanzhou. foto Agensi

BEIJING – Kementerian Luar China menggesa Kerajaan Kanada yang dipilih semula, segera melepaskan penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou.

Kenyataan itu dibuat oleh Geng Shuang dalam satu sudang media.

Meng ditahan di Vancouver sejak Disember tahun lepas.

Beliau didakwa di Amerika Syarikat berhubung penipuan bank dan dituduh mengelirukan HSBC Holdings PLC mengenai perniagaan Huawei Technologies di Iran, yang berada di bawah sekatan Washington.

Bagaimanapun, Meng menafikan pertuduhan itu dan mempertahankan diri daripada diestradisi ke Amerika Syarikat.

Parti Liberal yang diwakili Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kembali berkuasa selepas pilihan raya pada bulan Oktober, walaupun menjadi sebuah kerajaan minoriti yang memerlukan sokongan parti kiri yang lebih kecil di Parlimen. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast