PEKAN NANAS – Karmaine Sardini dengan penuh berkeyakinan menyatakan beliau semakin mendapat sokongan pengundi Tanjung Piai.
Memasuki hari keenam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, calon Pakatan Harapan itu bagaimanapun tidak mahu mendedahkan peratusan sokongan yang bakal diperolehi setelah melawat dua kawasan Dewan Undagan Negeri iaitu Pekan Nanas dan Kukup.
“Saya tak boleh cakap berapa peratus pengundi sokong Pakatan Harapan (PH) setakat ini. Itu rahsia,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditemui di Pasar Lambak.
Hadir sama Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal.
Karmaine turut menerima provokasi daripada jentera Barisan Nasional (BN)yang turut berceramah di situ.
“Tuan haji kami tak menolak anda, kami hanya menolak PH dan DAP,” kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Farhan Khairuddin yang sedang lberceramah di atas kenderaan pacuan empat roda,
Ditanya perkembangan kempennya, Karmaine berkata, setakat ini ia berjalan dan diterima baik.
“Saya rasa penerimaan masyarakat pada pakatan harapan bersungguh sungguh.
“Itu biasa provokasi kempen. Saya biasa sahaja, tak ada masalah dan saya jumpa setiap orang yang datang sini, nampaknya mereka beri sokongan,” katanya. – MalaysiaGazette