DAP hari ini mengumumkan lima lagi calon yang akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – DAP Perak menggesa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal  Azumu memohon maaf kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan berikutan kenyataannya ‘keseorangan melawan DAP’ dalam video yang tular hari ini.

Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh berkata, apa yang dinyatakan oleh Ahmad Faizal dalam video tersebut amat dikesali dan sangat memalukan.

“Ia juga jelas bercanggah dengan semangat muafakat Pakatan Harapan. Kenyataan beliau yang mengangkat wakil-wakil pembangkang tetapi memperlekehkan sahabat dalam Pakatan Harapan adalah sama sekali tidak boleh diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya,  DAP Perak sentiasa mendukung muafakat Pakatan Harapan dan percaya bahawa gabungan politik ini mampu membawa perubahan dan menjana harapan baharu kepada rakyat pelbagai kaum melalui pelaksanaan Manifesto PH.

Beliau berkata, pihanya juga percaya mandat rakyat adalah mandat kepada Pakatan Harapan, bukan mana-mana individu.

“Oleh itu, tingkah laku Menteri Besar Perak yang bertindak mengikut rentak pembangkang gagal menunjukkan integriti yang wajib dipamer oleh seorang pemimpin, khususnya Pakatan Harapan.

“Saya menegaskan bahawa semangat kemuafakatan Pakatan Harapan harus didukung pada semua masa dan Menteri Besar Perak selaku Pengerusi PH Perak seharusnya memimpin melalui teladan, bukan sebaliknya,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast