TERKINI : Taikun Tamak “Cabaran Kerajaan PH” – Anwar Ibrahim

Banyak kejayaan yang telah dilakar oleh kerajaan Pakatan Harapan sejak merampas tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional, namun masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan Dasar Kemakmuran Bersama yang menekankan perkongsian kekayaan negara dengan setiap rakyat dapat dicapai.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbiran kerajaan sekarang berhadapan dengan tempoh sukar untuk menyelesaikan banyak isu ekonomi termasuk yang melibatkan rasuah, kemiskinan dan pengangguran.
Menurut beliau, ini disebabkan oleh pertumbuhan negara yang telah terbantut sejak sedekad lalu.

Kerajaan juga katanya terpaksa berdepan dengan taikun-taikun perniagaan yang tamak dan sudah selesa dengan cara pentadbiran terdahulu.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.