PONTIAN – Pakatan Harapan melontar amaran kepada pembangkang UMNO dan Barisan Nasional (BN) supaya tidak bermimpi kerajaan baharu yang terbentuk 18 bulan lalu tumbang.

Gobind Singh Deo berkata, niat pembangkang tidak akan berlaku sebaliknya kerajaan PH akan bertambah kukuh dan utuh untuk lima tahun dengan sokongan kuat rakyat, kata Gobind Singh Deo hari ini.

Timbalan Pengerusi DAP itu membidas niat kotor seorang pemimpin BN yang mendakwa komponen parti tersebut sedang menunggu kerajaan negeri Perak tumbang bagi membolehkannya membentuk kerajaan.

“18 bulan tunggu nak ambil kerajaan negeri, 12 bulan tunggu nak ambil pusat, kerja dia fokus mahu tengok bila kita mahu jatuh sahaja.

“Kita nak hantar mesej kepada BN, kita tidak akan runtuh sebaliknya PH akan tetap jadi kerajaan yang kuat untuk lima tahun kerana itu adalah janji kita dan kita akan bawa kepada rakyat.

“Bukan senang kerja yang kita kena laksanakan, banyak kerja kita perlu buat. Saya harap kita boleh laksanakan semua tugas dan saya harap rakyat beri sokongan padu,” katanya dalam ceramah kelompok di Pusat Perdagangan Pontian malam tadi.

Beliau turut berkongsi dedikasi dan sumbangan arwah Dr. Md Farid Md Farik sepanjang menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai.

Katanya, walaupun seorang Timbalan Menteri, Farid telah banyak turun ke kawasan sehingga berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM19 juta untuk pembangunan kawasan tersebut.

“Ini menunjukkan beliau adalah seorang yang melaksanakan tugas walaupun Timbalan Menteri tapi balik kawasan lihat permasalahan rakyat, inilah perbezaan antara dia dan pembangkang kerajaan dulu.

“Mesej saya untuk rakyat Tanjung Piai, PRK ini penting untuk anda kerana apa yang kita lihat yang dilaksanakan arwah perlu diteruskan.

“Sila menangkan calon kita yang merupakan daripada kerajaan dan parti sama, demi kelangsungan pembangunan yang tertangguh boleh diteruskan dengan mudah dan lancar berbanding pembangkang,” tegasnya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Jangan sembang besaq Gobin. UMNO 60 thn boleh tumbang. Ini kan pula parti baru nak belajar berjalan 18 bulan. Kalau tidak pengaruh Mahathir belum tentu DAP dapat memerintah.

  2. PH adalah PAKATAN HANCING kini, esok, tapi tak selamanya…. Tengah nazak mengira hari dikuburkan. Apatahnya, pemimpin mereka yang berkuasa semua handicap pemikiran dan intellect amat myopic berhujah dan memimpin. Ini kalilah PAKATAN HANCING bersalin kulit menjadi PAKATAN HANCUR. Rakyat menentukan !!!

  3. Deiii..apa sembang.orang sudah tau ,mana satu meneral water.ada beza banyak tau.air kincing tetap ada bau hancing.

  4. Kalau berani bubar parlimen dan adakan semula pilihanraya..PH akn tumbang 100% αpa lu takut ke bai..

Comments are closed.