TERKINI : Bukan PH Cakap Tak Tunai Janji “Beri PH Peluang Untuk Lima Tahun” – Lim Guan Eng

PONTIAN – Lim Guang Eng meminta Pengundi Parlimen Tanjung Piai memberikan masa kepada Pakatan Harapan untuk berkhidmat melengkapkan sepenggal sepenuhnya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, walaupun banyak janji-janji yang belum dilaksanakan kerajaan yang diberi mandat mei 2018 lalu, sebenarnya banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan dalam tempoh hampir 18 bulan lalu.

“Ya, saya akui ada banyak kita (PH) belum buat, tapi banyak telah dilaksanakan (pembaharuan) sejak membentuk kerajaan Putrajaya.

“Janganlah lupa kita hanya kerajaan berusia 18 bulan dan berilah masa lima tahun untuk kami menunaikan tanggungjawab yang dijanjikan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast