PONTIAN – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu merayu kepada pengundi untuk hadir ke ceramahnya malam esok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shamsudin berkata, pengundi akan datang sendiri tanpa perlu dirayu sekiranya mereka masih lagi suka dengan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin
Datuk Seri Sharkar Shamsudin. foto AFFAN FAUZI, 11 JANUARI 2019

Beliau berkata, rakyat boleh menilai buruk dan baik yang dilakukan oleh PH dan sokongan pasti akan diberi jika mereka rasa berpuas hati dengan prestasi yang ditujukkan kerajaan.

“Beliau sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Pakatan Harapan serta Pengerusi Majlis Presiden memang kena turun.

“Di Cameron Highlands pun dia turun tapi kalah juga. Di Semenyih pun begitu kalah juga. Dan Di Rantau pun sama kalah.

“Kalau rakyat dah tak mahu mereka tetap tak mahu. Masa PRU14 dulu apa yang kita tak buat, tapi masa tu rakyat tak percaya. Akhirnya kini mereka sedar sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini malam tadi .

Beliau berkata demikian mengulas strategi PH apabila Dr Mahathir membuat satu video ringkas mempelawa pengundi di kawasan Parlimen Tanjung Piai untuk hadir satu ceramah mega yang akan dihadirinya sempena dengan PRK Parlimen itu pada malam esok.

Ceramah mega itu akan diadakan pukul 8 malam bertempat di tapak Terminal Bas Kukup Laut, yang bertujuan mendekati masyarakat setempat.

Sharkar berkata, meskipun Dr Mahathir dijadual hadir ke ceramah mega berkenaan namun, ia tidak mampu untuk mengubah jiwa pengundi yang mahukan perubahan selepas segala perkara utama dijanjikan oleh PH tidak mampu ditunaikan sehingga ke hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. foto AFFAN FAUZI, 17 JANUARI 2019

Abdul Rahman menyifatkan tindakan Dr Mahathir itu sebagai satu langkah terdesak dalam usaha memenangi hati pengundi di Tanjung Piai.

 

Ujarnya, sikap yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir itu juga tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO atau Barisan Nasional, namun ia berlaku ketika Perdana Menteri kini mengetuai PH.

“Apa pula ni, sampai dia sendiri merayu untuk orang datang. Ini menunjukkan PH sangat desperate (terdesak).

“Dia merupakan seorang pemimpin yang desperado. Tak pernah dibuat oleh presiden parti atau perdana menteri sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette