KUKUP – Pakatan Harapan telah mengenalpasti 12 peratus pengundi yang masih berada di atas pagar untuk menghubungi dan memujuk mereka supaya menyokong dan mengundi calonnya Karmaine Sardini dalam Pilihan Rata Kecil (PRK) Sabtu ini.
Timbalan Presiden Pakatan Harapan berkata, PH pada masa yang sama seramai 7,000 hingga 8,000 pengundi berdaftar Tanjung Piai yang bekerja di luar daerah seperti Johor Bahru dan Singapura juga berjaya dihubung menerusi surat dan telefon untuk pulang melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka 16 November ini.