EDS PLS TAKE NOTE OF THIS PTI PICK OF THE DAY:::::::: New Delhi: Commuters drive through heavy smog, a day after Diwali celebrations, in New Delhi, Thursday, Nov 08, 2018. According to the officials, Delhi recorded its worst air quality of the year the morning after Diwali as the pollution level entered 'severe-plus emergency' category due to the rampant bursting of toxic firecrackers. (PTI Photo/Ravi Choudhary)(PTI11_8_2018_000035B)(PTI11_8_2018_000101B)

NEW DELHI – Mahkamah Agung India mencadangkan kenderaan di negara itu menggunakan bahan bakar hidrogen sebagai jalan  penyelesaian masalah pencemaran udara, namun cadangan tersebut menerima maklum balas yang meragukan.

Tidak seperti kenderaan elektrik, kualiti dan kecekapan kenderaan yang menggunakan bahan bakar hidrogen masih lagi diuji dan ia tidak digunakan secara komesial dalam skala yang besar, lapor Business Today.

Malah pasaran China, Jepun dan Korea Selatan yang menerajui pembangunan teknologi itu mendapati penjualannya diabaikan.

Pasaran China mencatatkan jualan 28 juta kenderaan setahun hanya menjual kurang 1,500 kenderaan hidrogen yang kini berada di atas jalan raya.

Jepun dan Korea Selatan masing-masing memiliki 3,400 dan 900 buah kenderaan hidrogen.

“Saya tidak mahu mengulas pandangan Mahkamah Agung mengenai skim ganjil di Delhi tetapi saya mahu katakan bahawa kenderaan hidrogen mungkin sesuai untuk tempoh panjang, tidak boleh dilaksanakan untuk jangka masa pendek.

“Sudah pasti kami akan melihat pada alternatif lain untuk jangka masa pendek,” kata Pengarah Urusan TERI, Ajay Mathur.

Kenderaan hidrogen mempunyai kelebihan iaitu boleh dicas semula dengan pantas – ia mengambil masa beberapa minit untuk mengisi hidrogen dalam tangki menerusi stesen hidrogen, tidak seperti kenderaan elektrik (EV) yang memerlukan masa yang lebih lama untuk mengecasnya, namun mengendalikan hidrogen adalah berisiko.

Bagaimanbapun, kos sel hidrogen adalah tinggi. Sebagai contoh, sel bahan bakar kenderan untuk Toyota Mirai berharga sekurang-kurangnya AS$60,000.

Selain itu, tidak seperti EV yang mana kos operasinya yang rendah boleh menarik pengguna membeli kenderaan itu manakala kos hidrogen adalah tinggi, iaitu empat kali ganda lebih tinggi untuk setiap kilometer berbanding kenderaan yang menggunakan petrol.

Bagi pasaran yang sensitif harga seperti India, ini merupakan halangan utama. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast