Tenaga Nasional Berhad (TNB) meneruskan persediaan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka akhir tahun ini melalui pengendalian Latih Amal Pengungsian Keselamatan (Safety Evacuation Drill) di Empangan Sultan Abu Bakar (SAB), Cameron Highlands, pada 6 November lalu.
Latih amal tahunan yang disertai hampir seribu orang awam dan anggota agensi-agensi yang berkaitan bertujuan mempersiap-siagakan TNB, kesemua agensi terbabit dan penduduk empat kampung di hiliran Empangan SAB sekiranya air dari empangan terpaksa dilepaskan, kata Ketua Pegawai Penjanaan TNB (Chief Generation Officer), Ir. Roslan Abd Rahman.