Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) menerima keputusan rakyat di Tanjung Piai dan akan berusaha membaiki prestasinya.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abd Samad berkata, berbeza dengan BN, mereka terus mempertahankan penyelewengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“BN sebaliknya terus mempertahankan penyelewengan Najib dan dakwa ianya semua fitnah. Itu sebab saya yakin PH akan kekal berkuasa. Setiap setiap langkah ke arah yang lebih baik,” katanya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dalam ciapan twitternya malam ini.

Beliau merujuk kepada kekalahan teruk PH dalam PRK Parlimen Tanjung Piai baru-baru ini.

Sebelum itu, Khalid juga menegaskan, jangan meletakkan kesalahan atas kekalahan PRK berkenaan kepada Pengerusi PH dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semata-mata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Pertahankan semburit, perogol & pengganas mcm mn pula wahai khalid oii!..dh kalah pn tetap angkuh!..tgk2la cermin sm

Comments are closed.