Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mesti hadir ke mesyuarat biro politik Parti Keadilan rakyat (PKR) untuk menjelaskan pertemuannya dengan sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Azmin perlu bersemuka dengan rakan-rakan dalam parti untuk merungkai persoalan yang tercetus sejak semalam.

“Tentu kita akan minta penjelasan dulu. Gejala ini memang menimbulkan banyak persoalan oleh rakan rakan. Jadi patut beliau beri penjelasan,” katanya di lobi Parlimen.

Anwar turut mempersoalkan tindakan Azmin kerana jika pertemuan itu atas kapasiti kerajaan maka menurutnya Ahli Parlimen Pakatan Harapan lain patut diundang.

“Saya tidak tahu. Sebab itu saya minta lebih baik beri penjelasan.

“Kalau atas kapasiti parti atau kerajaan, kalau kerajaan mengapa tiada Ahli Parlimen lain tidak diundang,” katanya lagi.

Ditanya adakah pertemuan ini wajar dibuat selepas PH baru sahaja kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Anwar berkata: “Kadang-kadang beberapa kawan kita ini tidak belajar dari pengalaman kekalahan parah di Tanjung Piai.”. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast