WASHINGTON – Pentadbiran Donald Trump mengeluarkan lanjutan 90 hari bagi membolehkan syarikat Amerika Syarikat (AS) untuk terus melakukan perniagaan dengan Huawei Technologies Co Ltd ketika pengawal selia negara itu masih menyusun peraturan ke atas firma telekomunikasi itu yang didakwa menimbulkan risiko keselamatan negara.

Selepas memasukkan Huawei dalam senarai hitam ekonomi pada bulan Mei lalu dengan alasan kebimbangan keselamatan negara, Jabatan Perdagangan AS telah membenarkan syarikat itu membeli beberapa barang buatan Amerika dalam satu siri sambungan lesen selama 90 hari.

Lanjutan lesen itu bertujuan untuk mengurangkan gangguan kepada pelanggannya, yang mengendalikan rangkaian di luar bandar AS.

“Sambungan Lesen Umum Sementara membolehkan syarikat penerbangan terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan di beberapa kawasan paling terpencil di AS,” kata Setiausaha Perdagangan AS. Wilbur Ross dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Jabatan Perdagangan akan terus memantau eksport teknologi yang sensitif untuk memastikan inovasi negara ini tidak dimanfaatkan oleh mereka yang akan mengancam keselamatan AS.

Jabatan Perdagangan AS telah meletakkan Huawei dalam “Daftar Entiti” pada Mei selepas ia membuat kesimpulan bahawa syarikat itu terlibat dalam kegiatan “bertentangan dengan keselamatan negara AS atau kepentingan dasar luar negeri.”

Huawei yang mengulas mengenai perkembangan terkini itu berkata, lanjutan tersebut “tidak akan memberi impak besar kepada perniagaan Huawei.

Malah, keputusan ini tidak mengubah hakikat bahawa Huawei tidak dilayan secara adil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast