Gambar hiasan. foto Agensi

HOUSTON – Harga minyak turun lebih daripada 1%, menghapuskan keuntungan minggu lalu.

Penurunan harga minyak itu seiring dengan saham-saham Amerika Syarikat ekoran ketidakpastian mengenai perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Niaga hadapan minyak Brent LCOc1 ditetapkan pada AS$ 62.44 setong, turun AS$0.86 atau 1.4%.

Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) mengakhiri dagangan dengan kejatuhan sebanyak AS$0.67 atau 1.2%, lebih rendah pada AS$ 57.05 setong.

Kedua-dua tanda aras mencatatkan keuntungan dua minggu berturut-turut minggu lalu, dengan Brent naik 1.3% dan WTI naik 0.8%.

Indeks tiga saham utama Wall Street juga jatuh dari paras tertinggi minggu lalu berikutan laporan yang menyuarakan kebimbangan mengenai kesepakatan perdagangan AS-China mungkin tidak dapat dicapai, yang mendorong harga minyak lebih rendah, kata penganalisis.

“Minyak mentah bertindak balas dengan wujudnya khabar angin rundingan perdagangan (AS.-China). Apabila ia merosot, harga minyak menjadi hukuman, kata John Kilduff, rakan kongsi di Again Capital LLC di New York.

Perang perdagangan selama 16 bulan antara dua ekonomi terbesar di dunia telah memperlahankan pertumbuhan global, mendorong para penganalisis untuk merendahkan ramalan pertumbuhan permintaan minyak dan menimbulkan kebimbangan dengan lebih bekalan pada tahun 2020. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast