Antara ahli Parlimen yang disebut-sebut hadir dalam pertemuan bersama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasminya di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengaku telah hadir di kediaman rasmi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi tetapi menurut beliau kehadirannya itu bukan disuruh Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Saya hadir bukan kerana Datuk Seri Hishammuddin suruh. Kami dijemput hadir dan berkaitan kawasan masing-masing,” kata dalam satu pesanan Whatsapp yang tular pagi ini.

Menurut wakil rakyat itu, dalam pertemuan tersebut beliau memanjangkan permohonan peruntukan bagi membina 264 buah rumah rakyat termiskin di kawasannya.

Permohonan tersebut telah diajukan kepada Datuk Dr Md Farid Md Rafik yang ketika itu merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri namun proses tersebut terbantut apabila Allahyarham meninggal dunia.

“Allahyarham sedang dalam proses membantu mereka tapi telah pulang ke rahmatullah. Itu adalah antara beberapa permohonan yg saya panjangkan kepada DS Azmin sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Saya rela mengadap mereka demi rakyat saya. Begitu juga ahli-ahli parlimen lain. Hanya caranya berbeza.

“Saya bertekad ada satu lagi usaha yg perlu saya selesaikan ia itu hasrat arwah suami saya iaitu pembinaan Dewan Bukit Chandan yg telah diluluskan oleh Dato Johari Ghani sebelum ini tapi dibatalkan YB Lim Guan Eng,” kata wakil rakyat itu dipercayai merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid.

Katanya, beliau berterus-terang dengan semua sahabat kerana baginya pandangan mereka amat bermakna.

“Maafkan saya sekiranya saya tidak sempurna tapi saya hanya melaksanakan apa yg boleh untuk rakyat kawasan saya dan untuk memastikan perjuangan kita berjaya,” katanya.

Sementara itu seorang lagi ahli Parlimen berkata: “Tiada apa yang hendak dijelaskan. Saya (memikul) amanah rakyat… tak ada yang nak dirisaukan. Biri tetap biru dan UMNO di hatiku.” – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Alasan tak masuk akal , kerajaan yg bertanggung jawab akan menunaikan janji walaupun dikawasan pembangkang. Sepatutnya kamu MP2 UMNO jangan belakangkan parti. Mengapa harus menzahikan buruk sangka. Bukan rakyat kawasan kamu sahaja yang tidak tertunai janji. Jangan diri diumpamakan :anau dalam belukar: demi kepentingan pengundi sendiri atau kepentingan diri sendiri. Cermin diri sendiri.

    • Beza datang tempat kediaman dengan pejabat. Kalau pejabat mungkin berkusau tentang masalah kawasan sendiri. Tapi kalau datang tempat kediaman. Boleh bincang hal2 lain. Termasuk lompat parti.

Comments are closed.