LONDON – Tottenham Hotspur mengumumkan Jose Mourinho sebagai pengurus baharu kelab tersebut dengan kontrak sehingga penghujung musim 2022-23, kata kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Beliau akan menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat semalam, lapor Reuters.
Pengurus warga Portugis berusia 56 tahun itu kembali ke EPL selepas dipecat Manchester United pada Disember tahun lalu. – Agensi