Mauricio Pochettino watches from the touchline during the English Premier League football match between West Ham United and Tottenham Hotspur at The London Stadium, in east London on May 5, 2017. / AFP PHOTO / Ian KINGTON / RESTRICTED TO EDITORIAL USE. No use with unauthorized audio, video, data, fixture lists, club/league logos or 'live' services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications. / (Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

LONDON – Tottenham Hotspur telah memecat pengurusnya, Mauricio Pochettino selepas lima tahun mengendalikan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Musim ini Spurs berdepan permulaan yang mengecewakan apabila kini berada di kedudukan ke-14 dalam liga.

Spekulasi mula timbul apabila Jose Mourinho dikatakan calon paling utama untuk menggantikan pengurus berusia 47 tahun itu.

“Kami dengan berat hati mengumumkan untuk membuat perubahan ini.

“Ianya bukanlah satu keputusan yang mudah untuk lembaga pengurusan kelab,” kata pengerusi Daniel Levy dalam satu kenyataan di laman sosial kelab itu.

Pochettino hadir di kelab London itu pada Mei 2014 dan kejayaan terbesarnya adalah membawa kelab itu mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim lalu namun mereka tewas kepada Liverpool.

Bekas pengurus Southampton itu turut membimbing Spurs layak ke UCL pada musim pertamanya.

Sejak itu dia berjaya meletakkan pasukan itu menjadi pencabar kejuaraan EPL dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekalipun menamatkan musim lalu dengan rekod ke perlawanan akhir UCL dan berada di kedudukan keempat EPL, Spurs gagal untuk menjadi pasukan yang lebih baik pada musim ini.

Mereka mencatat prestasi yang buruk dalam EPL apabila disingkirkan oleh Colchester dalam saingan Piala Carabao serta dibelasah 7-2 kepada Bayern Munich dalam kempen UCL di stadium baharu mereka. – MalaysiaGazette