Papua New Guinea

MELBOURNE (Reuters) – Australia akan menyediakan pinjaman sebanyak AS$300 juta sebagai bantuan kewangan langsung kepada Papua New Guinea dan membantu negara tersebut mereformasi ekonomi serta membiayai kerajaan.

Australia mempunyai hubungan dengan Papua New Guinea dan beberapa negara kecil dan membangun di kepulauan Pasifik yang mula mendapat perhatian selepas China meluaskan pengaruhnya di wilayah yang didominasi Amerika Syarikat serta sekutu-sekutunya sejak Perang Dunia Kedua.

Meskipun kaya dengan gas asli, minyak mentah dan tembaga serta komoditi-komoditi lain, pendapatan Papua New Guinea terjejas sejak beberapa tahun kebelakangan ini berikutan kejatuhan harga komoditi global di samping peningkatan pinjaman dengan China.- Agensi