KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menganjurkan pertemuan sulit dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen PKR telah menimbulkan khabar angin tentang cubaan mewujudkan kerajaan ‘pintu belakang’ adalah perbuatan sangat tidak bertanggungjawab.
Malah, tindakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu telah menimbulkan tanggapan buruk rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH), khususnya kepada parti ini.
Ketua Penerangan PKR Wilayah Persekutuan, Mundzir Zahir berkata, kekalahan buruk PH dalam PRK Tanjung Piai baru-baru ini juga seolah-olah tidak memberi kesan kepada segelintir ahli politik yang hanya mementingkan ‘survival’ politik mereka untuk terus berkuasa.
Seharusnya, sebagai seorang Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin perlu meletakkan keutamaan untuk melaksanakan tugas memperkasakan ekonomi negara dan rakyat.
Dalam keadaan rakyat dihimpit dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi disebabkan masalah gaji rendah, harga barang, pengangguran dan sebagainya, Azmin masih ghairah berpolitik
“Oleh yang demikian, beliau menggesa Azmin berhenti daripada menimbulkan kekacauan yang boleh mendatangkan persepsi buruk mengenai kestabilan politik negara.
Ini kerana, katanya, segala perbuatan yang dipamerkan oleh beliau sejak kebelakangan ini adalah sangat tidak
berdisiplin dan tidak mencerminkan peribadi seorang pemimpin. – MalaysiaGazette
Itu gang PKR bercakap dalam cermin ka?
Aikkkk dah hapuskan GST pun harga barang tinggi kah? Kencing!
Bukan Azmin kucar kacir parti. Nak tahu.. mereka yang mabuk kuasa dan pangkat yang buat .. ksu fahamksn.
Pelik tapi itu lah kebenarannya. Bau hancing.. Lps ni d Temerloh pulak mcm mn tak tahu lah…
Melihat situasi dan keadaan parti didalam PH ni, maka tafsirannya dia orang ni lebih kepada untuk mengumpul harta daripada berkhidmat untuk rakyat sekarang ini. Maka fahamlah kita sebab DNA dia orang juga dari UMNO.