KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan Pengawal Cukai Jualan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap syarikat petroleum tersebut di Mahkamah Tinggi Kuching pada 21 November lalu kerana tidak membayar Cukai Jualan terhadap produk-produk petroleum kepada negeri tersebut.

Petronas mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Khamis lalu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali memaklumkan satu tindakan undang-undang telah diambil bagi mendapatkan semula cukai jualan yang masih belum dibayar oleh Petronas.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapa jumlah yang diminta oleh kerajaan negeri daripada syarikat tersebut.

Bermula 1 Januari lalu, cukai jualan sebanyak lima peratus telah dikenakan oleh Sarawak bagaimanapun hanya Petronas sahaja syarikat minyak dan gas di negeri itu yang masih belum membayar cukai berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast