Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengakuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tentang kekhilafannya yang mencadangkan tindakan tatatertib ke atas Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid menjadi tanda tanya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zakarshi bertanya, kenapa pula SPRM hantar surat kepada PKR supaya parti itu yang ambil tindakan terhadap Zakaria.

“Kenapa ini berlaku di pemerintahan Malaysia Baru?.

“Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengaku ianya silap dan tidak sepatunya berlaku.

“Memanglah tidak sepatutnya berlaku kerana SPRM bukan baru wujud. Mana mungkin SPRM bayi baru lahir macam Kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Puad turut mempersoalkan mengapa SPRM takut untuk mendakwa Zakaria.

Zakaria dipecat selepas Pengerusi lembaga disiplin PKR, Ahmad Kassim berkata, parti itu menerima surat SPRM pada 23 Oktober l2019 yang mendakwa Ahli Majlis Pimpinan Pusat

Zakaria dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 kepada pemimpin tempatan PKR semasa bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Puad berkata, dengan kekhilafan SPRM itu, rakyat wajar bimbang bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya masih ada agenda politik.

Ini kerana, beliau adalah bekas pimpinan pusat PKR.

“Apakah dia mahu menyelamatian maruah seseorang dalam PKR.

“Ini kesalahan besar. Tetapi memang rakyat semakin tidak mempercayai SPRM. Wajar Latheefa Koya letak jawatan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Pecat Zakaria, SPRM akui ada kekhilafan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.