MACC Malaysian Anti-Corruption Commission Datuk Seri Azam Baki. foto HAZROL ZAINAL, 21 MEI 2019 government projects cartel syndicate monopoly.
Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Datuk Seri Azam Baki. PIX: Hazrol Zainal / MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengakui terdapat kekhilafan pihaknya yang mencadangkan tindakan tatatertib ke atas Ketua Cabang PKR Bera, Zakaria Abdul Hamid.

Zakaria merupakan salah seorang daripada dua ahli PKR yang dipecat semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki berkata, mengikut garis panduan tatatertib yang perlu diikuti SPRM, laporan sesuatu salahlaku hanyalah dihantar kepada agensi dan kementerian kerajaan persekutuan atau negeri.

“Ia tidak tertakluk kepada mana-mana parti politik. Bukan menjadi polisi kepada SPRM untuk membuat laporan sedemikian kepada mana-mana parti politik berhubung salahlaku anggotanya.

“SPRM mengakui terdapat kekhilafan yang dilakukan oleh Ketua Cawangan Laporan SPRM (LSPRM) menerusi sepucuk surat kepada parti berkenaan yang mencadangkan tindakan tatatertib kerana melanggar kod etika parti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

BACA: Pecat ahli PKR: Reformasi yang bawa rebah

Beliau merujuk kepada kenyataan media PKR berhubung pemecatan dua ahlinya semalam.

Kedua-dua mereka didakwa terbabit dalam isu rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Ahmad Kassim pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti pada Ahad lalu mengumumkan pemecatan mereka.

“Justeru, SPRM akan menghantar surat pemakluman ini kepada pengerusi lembaga tatatertib PKR untuk diperjelaskan kekhilafan ini agar tidak timbul salah faham pada masa akan datang,” kata Azam.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pihaknya sebelum ini mendapat surat daripada SPRM pada 23 Oktober 2019 yang menasihati mereka agar meneliti dakwaan terhadap dua ahli mereka.

Siasatan SPRM berhubung perkara itu dibuat susulan laporan yang difailkan oleh penyelaras Pemuda PKR (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razak pada September tahun lepas.

Zakaria, yang juga anggota MPP PKR, dikatakan telah menawarkan kontrak bernilai RM20,000 dan peruntukan berjumlah sekurang-kurangnya RM300,000 dalam satu pertemuan dengan pemimpin tempatan pada 1 Sept, ketika beliau bertanding kerusi majlis kepimpinan pusat PKR.

Zakaria merupakan bekas setiausaha politik Menteri Kerja Raya, Baru Bian.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Zakaria akan tahu butiran pemecatannya kalau hadir mesyuarat MPP