Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan siapakah individu dalam Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke negara ini.

Bekas perdana menteri itu bertanya, kenapa kerajaan PH terdesak sangat untuk membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang secara senyap-senyap.

“Siapakah dalam kerajaan PH yang meluluskan?

“Adakah langkah ini boleh memulihkan ekonomi negara yang semakin merosot?,” sindirnya.

Tegas beliau, keputusan kerajaan Barisan Nasional dahulu tidak membenarkan abu Chin Peng untuk dibawa balik tentu ada sebabnya.

Jelasnya, sebuah kerajaan yang bertanggungjawab sepatutnya selalu menjaga keamanan dan keharmonian negara.

“Kita tahu ramai Rakyat Malaysia yang sangat ambil berat serta marah dengan isu ini. Sebab itu, kita tidak membenarkan pada masa itu.

“Memandangkan sentimen perkauman pasca PRU14 sudah tinggi, kenapa kerajaan PH masih tegas untuk membakar lagi keadaan dengan mengambil langkah-langkah yang kontroversial?,” soalnya lagi. – MalaysiaGazette

 

Abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, ditabur di Lumut

4 Komen

  1. Apa beza barang kominih pun berlambak diguna dlm pasaran negara ini. Pelik lagi benar sape yg mula kasi kontrak dan benarkan cine kominih bekerja ditanah air ini mulanya. Lagi pelik boleh duduk dan beli harta kek malaysia. Jgn la cakap siap pelancong pun berlambak datang dan diberi penghormatan melawat negara ini.

  2. DSN sememangnya bebal, KDN telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa KDN tidak pernah beri kebenaran n tidak tahu menahu mengenai hal tersebut. Usahlah DSN ingin menjadi jaguh, Datuk Seri sendiri tidak mampu membendung ‘nafsu besar’ isteri Datuk Seri berbelanja secara mewah! Justeru itu, usah Datuk Seri nak menonjolkan diri kononnya Datuk Seri pejuang yg memiliki jati diri yg kental. Jika Datuk Seri dpt membendungnafsu besar berbelanja isteri Datuk Seri kami rakyat marhein tidaklah hidup seperti keadaan sekarang! Fikir2lah dgn rasional wahai rakyat marhein.

  3. Xkena kpd keluarga sendiri xkkan terasa apa2. Kalau kena pada keluarga sendiri tahulah betapa sakitnya. Sejarah sudah tertulis, patut masih ada sampai bila2.

Comments are closed.