Shahir Adnan

KUALA LUMPUR – Tindakan membenarkan abu mayat mendiang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk diurus di negara ini umpama memberi penghormatan kepada tindak-tanduk PKM pada masa lampau.

Biar pun tindakan itu tidak mengganggu-gugat keselamatan awam namun ia mampu menghiris hati sesetengah pihak terutama ahli keluarga mereka yang terkorban akibat kekejaman mendiang ketika hayatnya dahulu.

“Adakah penghormatan wajar diberikan kepada mereka yang menyerang hendap konvoi angkatan tentera, meletupkan monumen kebangsaan, pembunuhan terancang anggota polis dan rakyat jelata?” soal Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan.

Mengulas lanjut, katanya, ketika di zaman pemerintahan Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertegas menolak tuntutan kumpulan yang mahu abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia.

Malah, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada waktu itu turut menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

BACA: Abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, ditabur di Lumut

Persoalannya kata beliau, mengapakah berita abu mayat ini diledakkan hari ini setelah disembunyikan sejak 16 September yang lalu.

“Apakah kumpulan ini tidak menjaga sensitiviti isu kekejaman komunis kepada rakyat Malaysia?

“Malangnya, penghormatan tersebut dipilih pada 16 September, Hari Malaysia yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia bagi memperingati penubuhan negara kita,” ujarnya lagi.

BACA: Mengapa selepas dua bulan abu mayat ditabur baru dedahkan kepada rakyat?

Justeru katanya, DPIM menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap isu-isu sedemikian yang dilihat makin tidak terkawal hingga mengguris hati dan perasaan rakyat. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Hendak menjaga hati dalam gabungan PH. Untuk mendapat jawatan kena lah buat macam itu. Kalau tidak balik lah kampung tanam jagung. Menteri2 yang ada itu pun bukan bekas anggota keselamatan apa dia kisah.

Comments are closed.