KUALA LUMPUR – Bekas ketua pengganas komunis, Chin Peng sepanjang hayatnya tidak pernah mahu pulang ke Malaysia dan tidak juga memohon untuk menjadi warganegara, kenapa perlu dialu-alukan abu mayatnya dibawa pulang ke tanah air.
Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, agak mengecewakan apabila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor sendiri menyambut baik tindakan sekumpulan individu membawa balik abu mayat Chin Peng pada 16 September lalu dan disemadikan di Perak.
Katanya, kenyataan Abdul Rahim itu telah mengguris hati ribuan anggota polis yang masih hidup, tetapi mengalami kecacatan anggota akibat keganasan komunis.
“Kata-kata Abdul Rahim “yang sudah, sudahlah” dan “kalau Chin Peng dibenarkan masuk kenapa abunya tak boleh” tersangat dangkal yang keluar dari mulut seorang yang pernah menjawat jawatan nombor satu dalam pasukan polis.
“Betul, mengikut perjanjian 1989, semua anggota PKM dibenarkan masuk (jika di luar) dan menjadi warganegara apabila telah menerima syarat damai dengan kerajaan Malaysia.
“Tetapi Chin Peng sendiri tidak mahu pulang dan tidak juga memohon menjadi warganegera Malaysia yang merdeka ini apabila berpeluang untuk berbuat demikian pada tahun 1989,” katanya dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette, hari ini.
Semalam, Abdul Rahim dilaporkan berkata, kerajaan dan masyarakat perlu menghormati perjanjian damai ditandatangani kerajaan dan Parti Komunis Malaysia (PKM) dikenali sebagai Perjanjian Hatyai 1989 serta tidak mempolemikkan isu abu mayat Chin Peng yang dibawa pulang ke negara ini.
Kata beliau, menerusi perjanjian dimeterai itu, kerajaan tiada halangan menerima kembali rakyat negara ini yang pernah menganggotai PKM termasuk yang berada di luar negara ketika itu.
Menurut Syed Hassan, kenapa Abdul Rahim dan ramai pemimpin kerajaan sibuk membenarkan abu mayat Chin Peng yang bukan warganegara ini dibawa masuk ke Malaysia.
“Rahim nak ambil hati siapa sebenarnya? Nak ambil hati kaum lain janganlah sampai guris hati bangsa sendiri yang sengsara hidup dengan kecacatan sehingga hari ini dan perasaan ahli keluarga mereka yang terbunuh di tangan pengganas komunis termasuk anggota polis di Bukit Kepong dahulu.
“Sudahlah Chin Peng itu bapa pengganas, bukan rakyat Malaysia pun, kenapa pula hendak dibenarkan abu mayatnya dibawa masuk?
“Sepatutnya abu mayat Chin Peng itu ditaburkan di halaman rumah Rahim sahaja sebab beliau tidak kesah,” katanya.
Beliau berkata, warga Perkasa keseluruhannya sangat kecewa dengan kenyataan Abdul Rahim itu. – MalaysiaGazette
Mesti lah Rahim backing habis2an Sbb kawan baik dia adalah business partner juga. Byk dah Makan duit judi dan along
Baru dapat ic baru kot dari penang..???? Hahaha.. Lailoo
Biarkan semua rakyat malaysia tau apa aggenda dap sbnrnya.. Klu dulu bl diceritakan tak percaya…rakyat kene sbr dulu. 3 thn tak lama sgt.
dgn logik syed husin semua komunis bukan rakyat Malayisa termasuk org2 melayu pkm ,yg dangkal syed husin sbb ic malaysia di adakan selepas malaysia mardeka . hakikat nya komunis berjuang sebelum malaysia nardeka1957 dan mengikut logik syed husin ibu bapa husin juga bukan rakyat malayisa . bidoh punya rasis perkasa.
Sekor lagi haji yg x dpt mabrur dan biol.
Malaya merdeka tahun 1957.. kenapa lepas merdeka Ching Peng dan komunis masih mengganas? British pun dah tak ada jd dia nak bunuh siapa lagi??
Ibarat pisang lupakan kulit, sepatutnya dia yang lagi banyak bersuara….berapa ramai anggota keselamatan yg terkorban kerana di sebabkan ideology komunis….bangsat ini bila sudah kenyang susah payah yg dulu mesti lupakan…habis org yg terkorban kerana komunis mesti d lupakan…
tak habis2 dengan cerita abu mayat ni apa hal. sudah puas kah hidup aman damai tiada krisis kaum tiada krisis ugama. sudah terjamin kah syurga tempat kembali.