PARIS – Tiga anggota operasi dan menyelamat meninggal dunia selepas helikopter mereka terhempas berhampiran Marseille, Perancis selatan.
Kemalangan itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan membantu orang ramai yang terperangkap dalam banjir besar.
Kementerian Dalam Negeri Perancis berkata, nahas itu berlaku pada malam 1 Disember.
Punca kemalangan sedang disiasat.
Pantai Mediterranean Perancis telah dilanda hujan lebat sepanjang minggu lalu, yang menyebabkan banjir dan gangguan pengangkutan yang meluas. – MalaysiaGazette