Rais Yatim
Rais Yatim

KUALA LUMPUR – Ekspo Tattoo 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menerima teguran pemimpin politik veteran.

Ekspo yang disokong Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang bertujuan menarik pelancong ke negara ini menerima kritikan kerana mempamerkan tubuh badan bertattoo dalam keadaan separuh bogel.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim mengkritik kaedah yang digunakan untuk menarik pelancong ke negara ini.

Sehubungan itu, Rais menasihati kerajaan agar mencari produk yang mencerminkan nilai Malaysia sebagai tarikan pelancongan.

“Tunjuk punggung dan badan yang bertattoo bukan cara kita.

“Siapa yang membenarkan perangai pelancongan begini semestinya nilai budayanya sudah berkarat,” kata beliau.

Rais turut memuat naik beberapa keping gambar ekspo itu dalam akaun Twitter beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast