AYER KEROH – Tidak keterlaluan mengatakan Hotel Ames umpama permata baharu buat Melaka jika diukur kepada keindahan rekaan dalaman yang pasti memukau tetamu singgah untuk bermalam.
Jika dilihat dari luar, hotel yang terletak di Pusat Komersil Ayer Keroh itu cuma biasa-biasa sahaja. Namun apabila melihat keindahan rekaan dalamannya yang bercirikan susun atur dan rekaan moden, anda pasti terpesona.
Apatah lagi kedudukannya berhampiran Tol Ayer Keroh pula menambahkan suasana tenang khasnya bagi tetamu yang mahukan kedamaian apabila tidak perlu berdepan kesesakan lalu lintas ke pusat bandar.
Tetamu pertama kali yang melangkah masuk ke lobi hotel itu pasti terpegun dengan suasananya selaunb ketibaan tetamu disambut penuh mesra dan senyuman manis oleh kakitangannya.
Hotel Ames pastinya menghadirkan rasa yang tenang sepanjang masa kepada pengunjung sama ada untuk tujuan kerja atau rekreasi sambil memberi pengalaman meneroka bandar yang menakjubkan.
Hotel yang berharga melebihi RM200 juta adalah miliki ahli LSL Hotel Group iatu cabang hospitaliti bagi Sheng Tai International.
Ia diuruskan oleh Alorie Hospitality yang merupakan pakar pengurusan hotel dengan portfolio hartanah bertaraf dunia.
Dijadualkan dibuka sepenuhnya suku pertama tahun depan, hotel ini menjadi sebahagian penghuni daripada dataran pusat perdagangan tersebut.
Kawasan itu merupakan pembangunan komersil yang luas terdiri daripada Metrasquare Serviced Suites, Hotel Metrasquare iatu hotel premium tiga bintang serta lot kedai dengan kemudahan mesyuarat dan persidangan.
Metrasquare secara kolektif bakal mengangkat kawasan itu secara keseluruhannya bagi mengubahnya menjadi destinasi popular untuk komersil, kerja, hiburan dan kesenian untuk pelancong tempatan dan antarabangsa.
Terletak sejauh lima minit perjalanan dari Ayer Keroh ke Lebuhraya Utara-Selatan, Ames Hotel yang menawarkan 302 bilik juga berhampiran dengan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pejabat kerajaan, pasar raya besar dan banyak tarikan pelancong.
Pengurus Besar Hotel Ames, G. Balachandran berkata, hotel itu menawarkan sembilan jenis bilik penginapan dan pelbagai perkhidmatan bagi menjamin kepuasan dan keselesaan tetamu.
Beliau berkata, ia direka supaya kelihatan mewah namun ditawarkan pada harga munasbah dan memenuhi citarasa segenap lapisan masyarakat.
Katanya,ciri moden ditetapkan dalam susun atur bilik penginapan Hotel Ames pastinya menambahkan rasa tenang bagi mereka yang menginap seorang diri, berpasangan atau keluarga.
Bukan sahaja sesuai untuk bermalam, Balachandran memberitahu, ia juga pilihan tepat bagi pengurusan syarikat atau agensi kerajaan mengadakan mesyuarat, perbincangan atau sesi percambahan minda.
Dengan kemudahan dan suasana tenang di Hotel Ames pastinya agenda pengunjung bakal membuahkan hasil kerana perbincangan berlangsung dalam keadaan damai untuk mencari idea terbaik.
“Banyak hotel di negeri ini tetapi di Hotel Ames tetamu dapat merasai pengalaman berbeza. Bukan sahaja kami menyediakan suasana tenang dan damai, malah tetamu juga boleh mendapat kelebihan apabila untuk melawat tempat-tempat menarik yang berdekatan.
“Soal makanan tiada masalah kerana kami menyediakan pelbagai menu, tidak kira hidangan tradisional atau makanan barat, semuanya demi memenuhi selera tetamu,” katanya.
Selain memiliki The Munch, Hotel Ames bakal menawarkan pilihan restoran seperti Laze Lounge, H20 Pool Bar dan Moonbar tidak lama lagi.
Malah percutian pengunjung tidak lengkap untuk bermandi-manda di kolam yang turut dikhaskan kepada kanak-kanak sebelum Kelab Lounge, SPA, Pusat Bisnes, gimnasium dan studio yoga yang menghitung hari beroperasi.
Sementara itu, orang ramai yang ingin menikmati pengalaman indah menginap di Hotel Ames dengan harga promosi ketika ini boleh menghubungi talian 06318 3399 atau layari www.ames-hotel.com. – MalaysiaGazette