KUALA LUMPUR – Para penumpang LRT diminta mencari alternatif berikutan gangguan utama di sepanjang laluan LRT Kelana Jaya disebabkan oleh jentera penyelenggaraan tergelincir.
Rapid KL menerusi Twitter berkata, jentera penyelenggaraan tergelincir antara stesen Jelatek dan Dato’ Keramat.
Gangguan perkhidmatan dari KLCC ke Gombak menyebabkan Rapid KL terpaksa menyediakan lapan bas untuk membawa para penumpang di antara dua stesen berkenaan.
Dalam maklumat terbaharu, Rapid KL berkata, operasi tren sudah dimulakan untuk laluan sehala dari Gombak ke Pasar Seni dengan kekerapan setiap empat hingga lima minit.
Tren beroperasi secara normal dari Putra Heights ke Gombak.
Tetapi tren dari Gombak ke Setiawangsa dialihkan ke trek satu lagi sebelum bergerak ke Putra Heights.
Penumpang yang terjejas akan mendapat semula gantian tambang manakala pengguna Touch ‘n’ Go pula akan mendapat boleh mendapat baucar dari kaunter perkhidmatan pelanggan. – MalaysiaGazette