WARSAW – Bangunan tiga tingkat di sebuah resort ski di Szczyrk di selatan Poland runtuh selepas letupan gas berlaku, kata polis.
Setakat ini, polis tidak dapat mengesahkan kemungkinan terdapat mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan tersebut.
Difahamkan terdapat lapan orang menetap di bangunan tersebut.
Stesen radio Poland berkata, sebanyak 12 jentera bomba terlibat dalam operasi menyelamat. – MalaysiaGazette