KUALA LUMPUR – Satu laporan polis dibuat hari ini terhadap Muhammad Yusoff Rawther berhubung tuduhan ‘salah laku seksual’ yang didakwa melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan polis yang dibuat oleh Setiausaha Sulit Anwar, Shukri Saad di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang susulan kenyataan Yusoff dalam satu sidang media mengenai perkara itu semalam.
Muhammad Yusoff merupakan bekas penyelidik Anwar.
Turut hadir Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Ketika ditemui sejurus membuat laporan itu Shukri memberitahu, laporan polis itu dibuat ekoran fitnah yang direka melibatkan pimpinan tertinggi PKR.
“Ini satu fitnah yang direka dan diulang-ulang sekali lagi. Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut dan menyerahkannya kepada polis,” katanya.
Semalam, Muhammad Yusoff mengadakan sidang media mendakwa seorang pemimpin politik melakukan perbuatan tidak bermoral terhadapnya.
BACA: ‘Pendedahan’ Muhammad Yusuff bertujuan cemar imej PKR – Farhash
Beliau membuat dakwaan itu melalui akuan bersumpahnya (SD) bertarikh 19 November.
Sementara itu, ketika ditanya tindakan lanjut ,Shukri memaklumkan, pihaknya akan mengkaji langkah seterusnya sebelum sebarang tindakan diambil.
Katanya, pada masa ini pihaknya menyerahkan perkara itu kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Tambah beliau, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sudah membuat kenyataan balas mengenai perkara itu dan percaya iada ada kaitan dengan usaha bagi menggagalkan proses peralihan kuasa yang sedang berlaku pada masa ini. – MalaysiaGazette
Anwar nafi bersama Yusoff, berkempen di Port Dickson ketika itu