Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad berucap pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2019 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 DISEMBER 2019

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO akan membawa usul khas dalam Perhimpunan Agung parti itu bagi meminda perlembagaan parti bagi menaik taraf status sayap itu daripada Naib Presiden kepada Timbalan Presiden.

Ketua Pergerakan Wanita parti itu Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, usul tersebut akan memberikan sayap itu kuasa untuk menjalankan tugas Timbalan Presiden sekiranya pemimpin kanan itu tidak dapat meneruskan tugas.

“Cadangan ini bukan baharu, lama ada dalam 10 tahun .Sebelum ini ia tidak dibawa ke dalam resolusi, ini pertama kali dan pindaan perlembagaan sebelum ini hanya perbincangan-perbincangan di peringkat Majlis Tertinggi dan peringkat pengurusan sahaja.

“Timbalan Presiden yang terpilih, satu. Tetapi kita (Wanita UMNO) bertaraf Timbalan Presiden. Maksudnya kalau sekira-kiranya apa-apa terjadi kepada Presiden dan Timbalan Presiden katalah pergi bercuti, yang akan memangku yang menang memangku Naib Presiden sebab kita Wanita UMNO bertaraf Timbalan Presiden,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 yang sedang berlangsung.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad bercakap dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2019 di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 05 DISEMBER 2019

Menurut Noraini, usul itu merupakan salah satu inisiatif yang boleh diambil selaras dengan hasrat parti mahu memperkasakan Wanita UMNO yang sebelum ini telah diiktiraf sebagai tulang belakang oleh bekas Presiden Datuk Seri Najib Razak.

“Wanita UMNO juga kalau tengok keahlian kita paling ramai, 1.2 juta, dan ia juga salah satu pemerkasaan,” tambah beliau. T

Berdasarkan sesi penerangan di peringkat akar umbi sebelum ini, Noraini berharap usul khas tersebut akan dipersetujui setelah melalui peringkat Majlis Tertinggi sebelum ini.

Terdahulu Noraini semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Persidangan Wanita UMNO menyentuh tentang pentingnya salah satu sayap parti tersebut dimartabatkan.

Katanya, sudah tiba masanya kepimpinan Wanita diiktiraf, diangkat dan diletakkan ke taraf yang lebih tinggi dalam parti setaraf dengan Timbalan Presiden UMMNO.

Bukan untuk kepentingan dirinya, sebaliknya Noraini berkata demi perjuangan Wanita UMNO keseluruhannya.

Beliau juga turut menggariskan tiga misi bagi memperkasakan sayap itu untuk memastikan objektif UMNO mencapai kemenanga pada pilihan raya akan datang akan tercapai. 

Antara misi yang disebutnya adalah memperkukuhkan jentera parti, kuatkan Muafakat Nasional dan bersiap siaga hadapi pilihan raya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast