UNNAO, India – Seorang mangsa rogol dibakar oleh sekumpulan lelaki di Umnao, Uttar Predesh pada Khamis lalu.

Lima lelaki yang merogol wanita berusia 20 tahun itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut dalam cubaan untuk membunuhnya.

Suspek-suspek itu membawa wanita tersebut ke sebuah padang yang terletak luar dari kampungnya dan menyimbah wanita itu dengan petrol lalu membakarnya, lapor India Today.

Wanita tersebut telah dirogol oleh lima lelaki tersebut pada Mac lalu dan polis hanya dapat menahan tiga suspek dan baki dua suspek masih lagi bebas.

Polis dikejarkan ke tempat kejadian dan membawa wanita tersebut ke hospital kerajaan berdekatan di mana beliau dirawat dan berada dalam keadaan kritikal.

Wanita itu kemudiannya dipindahkan ke sebuah hospital di Lucknow apabila keadaannya semakin teruk.

Insiden yang berlaku di kampung Sindupur, Bihar mencetuskan ketegangan di kawasan tersebut. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast