KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa pesakit warga emas, Duyah binti Hanapiah, 74 tahun yang mengalami penyakit ‘Peripheral Vascular Diease’ ke Hospital Kuala Lumpur.

Pesakit diterbangkan dengan pesawat CN 235 dari Lapangan Terbang Alor Setar ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan rawatan segera.

Pesawat dikendalikan Mejar Hafiz Mohd Hashim dan dibantu Kapten Nazirul Shafiq Azahari serta tiga krew pesawat.

Turut serta dalam penerbangan tersebut adalah waris pesakit, Datin Seri Nor Aswana Omar dan Noor Aslini Omar serta Pegawai Perubatan, Izzatul Syazwani Ismail bersama seorang staf perubatan, Norsyuriani Abdul Malek. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.