SYDNEY – New Zealand akan kembali ke Pulau Putih secepat mungkin untuk mengesan dua lagi mangsa letusan gunung berapi di situ.
Menteri Luar Australia, Marise Payne berkata, pasukan tentera New Zealand gagal mengesan dua lagi mayat disebabkan kekangan peralatan dan tempoh masa terhad untuk berada di kawasan itu.
“Mereka tidak dapat mengesan dua lagi oleh kerana keterbatasan peralatan dan keperluan untuk menyelesaikan operasi dalam tempoh tertentu.
“Tetapi mereka akan kembali secepat mungkin,” katanya yang mengulas mengenai dua lagi mayat yang dipercayai masih berada di kawasan letusan gunung berapi tersebut. – MalaysiaGazette