Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan hadir pada acara perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan "Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih" di Dataran Putrajaya, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 31 OGOS 2019

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menerangkan kepada umum mengapa namanya begitu panjang.

Dalam satu tweet di Twitter @cheminahsayang, Tunku Azizah berkata, namanya diberikan oleh Almarhum Sultan Iskandar bersandarkan kepada empat nama.

Baginda bertitah bahawa namanya adalah gabungan daripada nama-nama nenda, nenda saudara, moyang baginda.

“Azizah (greatgrandaunt), Aminah (grandmother), Maimunah (greatgranmother) Iskandariah(father). Sy di beri 4 nama …. nama ayah saya Mahmood Iskandar, yg lain itu gelaran ayah apabila dia menjadi Sultan,” tweet baginda.

Tunku Azizah membuat tweet itu menjawab pertanyaan @mhermanrawi yang mahu penjelasan baginda mengenai namanya yang begitu panjang.

“Assalam Tuanku Permaisuri. Tadi duk bersembang dgn kawan, kami tertanya2 berkenaan nama Tuanku yang panjang yakni Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj. Sudilah kiranya tuanku mencerah?,” tanya beliau di Twitter @cheminahsayang.

@mhermanrawi turut membuat tanda pagar #brocuba bagi menandakan beliau ingin bertanyakan soalan kepada Tunku Azizah yang kemudiannya dijawab Tunku Azizah.

Raja Permaisuri Agong itu sebelum ini aktif di media sosial antaranya Twitter dan sering mendapat perhatian umum apabila turut berkongsi resepi baginda di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast