atlet emas trio Olimpik Peter Snell meninggal dunia pada usia 80 tahun

WELLINGTON – Bekas emas trio Olimpik dari New Zealand, Peter Snell telah meninggal dunia pada usia 80 tahun semalam.

Snell merupakan atlet lelaki terakhir balapan yang telah bersaing dalam acara 800 meter dan 1,500 meter dalam temasya Olimpik di Tokyo pada tahun 1964.

Bekas pemegang rekod dunia dala 800 meter dan jarak jauh itu juga merangkul emas dalam acara kegemarannya itu di Olimpik Rom empat tahun sebelumnya iaitu 1960.

Snell pernah diangkat oleh New Zealand sebagai atlet terbaik abad ke-20 pada tahun 2000.

Badan pemantau Atlet Sedunia juga merakamkan kenyataan takziah ekoran berita kematiannya.

Manakala Presiden Jawatankuasa Olimpik New Zealand Mike Stanley menyifatkan pencapaian Snell sentiasa terpahat dalam sejarah sukan negara kiwi itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast