MADRID – Karim Benzema menjadi penyelamat Real Madrid daripada kecundang di tangan Valencia dalam aksi La Liga semalam.
Bintang Perancis itu berjaya menjaringkan gol penyamaan penting pada minit ke-95 untuk berkongsi 1 mata bersama Valencia.
Gol penyamaan Benzema itu bagaimanapun gagal membantu Real untuk melonjak ke tangga teratas carta La Liga kali ini.
Sejak awal perlawanan sehingga akhir separuh masa pertama, kedua-dua pasukan sekadar terikat seri tanpa jaringan.
Namun, tuan rumah Valencia mengejutkan pasukan pelawat itu apabila berjaya mendahului pasukan gergasi Sepanyol itu pada minit ke-78 menerusi Carlos Soler.
Real Madrid kini ketinggalan di belakang pendahulu Liga Barcelona dengan perbezaan jumlah jaringan gol walaupun mengumpul jumlah mata yang sama.-MalaysiaGazette