Haaland

MANCHESTER – Penyerang muda, Erling Haaland sudah membuat ketetapan mengenai tindakan lanjut apabila jendela perpindahan pemain dibuka 1 Januari 2020.

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, Haaland, 19, merupakan salah seorang bintang muda yang menyerlah di pentas Eropah ketika ini selepas menjaringkan 28 gol daripada 20 perlawanan bersama Red Bull Salzburg musim ini.

Solskjaer mengakui pernah bekerja bersama Haaland selama dua tahun di Molde, menyaksikan pemain itu beraksi pada usia 16 tahun.

Kini Solskjaer dikhabarkan telah terbang ke Austria untuk memulakan perbincangan dengan pemuda itu.

“Dia tahu kemahuan dirinya dan sudah buat keputusan apa tindakanya nanti apabila musim perpindahan Januari dibuka kelak,” katanya ketika diminta mengulas tentang nasihatnya kepada bintang muda itu.

“Saya tidak perlu menawarkan nasihat kepada pemain pasukan lain,” tegas Solskjaer lagi.

Pasukan Bundesliga Jerman dikatakan telah menyatakan minat untuk mendapatkan khidmat pemain muda kelahiran Norway itu.

Haaland berjaya menjaringkan gol dalam lima perlawanan pada kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Dia kini dinasihati oleh agennya, Mino Raiola yang turut menjadi wakil Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba.

Haaland juga pernah mengadakan lawatan dan sesi latihan bersama akademi Manchester United di Old Trafford November dan awal Disember ini, sekali gus menambah spekulasi bahawa pemain itu bakal menyertai the Red Devils pada Januari ini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast