ISLAMABAD – Ketua tentera Pakistan, Jeneral Pervez Musharraf dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah.
Mahkamah itu menjatuhkan hukuman tersebut di atas Musharraf yang didakwa melakukan pengkhianatan peringkat tertinggi.
Kes Musharraf telah tertangguh sejak 2013.
Musharraf telah mengambil kuasa semasa rampasan kuasa tentera pada tahun 1999 dan dilantik sebagai presiden dari tahun 2001 hingga 2008.
Beliau kini berada di Dubai selepas dibenarkan meninggalkan Pakistan untuk rawatan perubatan pada 2016.
Keputusan itu diumumkan pada Selasa dengan majoriti 2-1.- MalaysiaGazette