Van Bommel dipecat oleh PSV Eindhoven

STOKHOLM – PSV Eindhoven telah memecat pengurus pasukannya Mark van Bommel berkuatkuasa serta-merta.

Pemecatan itu menyusul selepas 18 bulan Bommel mengendalikan kelab itu dalam Liga Dutch Eridivise.

Tindakan itu diambil pengurusan tinggi kelab selepas Bommel didakwa hanya merekodkan dua kemenangan daripada lapan aksi setakat ini.

PSV kini menduduki tangga keempat dalam carta liga Belanda dan ketinggalan 10 mata di belakang Ajax.

Pada aksi liga Ahad lalu, PSV telah tewas 3-1 kepada Feyenoord.

Bekas pemain Barcelona dan pemain tengah Belanda itu menang empat gelaran liga bersama PSV sepanjang kariernya sebagai pemain.

Dia telah dilantik menggantikan Philip Cocu pada June 2018.

“Lanjutan siri kekalahan dan keputusan negatif kelab ini tidak boleh diterima oleh pengurusan tertinggi PSV,” kata kelab tersebut dalam kenyataan rasmi selepas memecat Bommel.

Pengurus sementara menggantikan Bommel dijangka diumumkan malam ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast