SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mencemar duli ke Pustaka Raja Tun Uda bagi melancarkan buku tentang Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.
Buku tersebut bertajuk My First Year Journey: From TV News Anchor To Tengku Permaisuri Selangor.
Dalam titahnya, Tengku Permaisuri Norashikin menjelaskan, buku itu merupakan perkongsian tentang pengalaman pertama dalam hidupnya yang berasal daripada rakyat jelata kepada seorang yang penting dalam istana.