Azilah Hadri

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia hari ini mengesahkan bahawa Azilah Hadri tidak pernah dibawa keluar dari Penjara Kajang sepanjang tahun ini.

Azilah juga tidak pernah dibawa keluar penjara berkenaan sejak 15 April 2015.

“Kali terakhir penama dibawa keluar dari Penjara Kajang adalah pada 15 April 2015 iaitu bagi urusan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Sepang,” menurut Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan di sini.

Oleh itu, katanya, sebarang kenyataan dari mana-mana pihak yang menyatakan Azilah telah dibawa keluar dari Penjara Kajang pada tahun ini untuk menemui VVIP (individu paling penting) adalah tidak benar sama sekali.

Dalam penjelasannya, Jabatan Penjara Malaysia berkata, pengiringan bagi menghadiri perbicaraan tersebut dilaksanakan setelah Penjara Kajang menerima Perintah Mengemukakan Orang Dalam Jagaan dari Mahkamah Sepang, seperti mana di bawah Seksyen 30 Akta Penjara yang dikehendaki banduan menghadirkan diri di mahkamah pada masa dan tempat yang dinyatakan.

Berdasarkan rekod, sejak tarikh tersebut Azilah tidak pernah dibenarkan dibawa keluar dari penjara untuk apa-apa urusan.

Katanya, rekod lawatan dan perjumpaan juga menunjukkan banduan ini telah dilawati sebanyak 34 kali oleh keluarga dan 15 kali oleh peguamnya di Penjara Kajang sejak setahun yang lalu.

Artikel berkaitan: Azilah dakwa Najib arah bunuh Altantuya

Polis perlu teliti SD Azilah sebelum ambil tindakan

Azilah hina mahkamah, AG kena ambil tindakan

Permohonan Azilah semak semula sabitan hukuman mati didengar 20 April 2020

Azilah bertemu ‘VVIP’ di luar penjara -Shafee

Kelakar Najib boleh tunjuk isyarat ‘potong kepala’ kepada Azilah – Shafee

Tun M enggan ulas isu VVIP jumpa Azilah

Lawatan ini dijalankan seperti mana Peraturan 179 Peraturan Penjara 2000 berkenaan lawatan kepada mana-mana banduan akhir.

Isu Azilah menarik perhatian apabila bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) yang sedang menanti hukuman gantung, membuat pendedahan mengejutkan berhubung pembunuhan kes berprofil tinggi membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Azilah telah membuat pengakuan bersumpah dalam permohonan semakan kehakiman pada 17 Oktober lalu dengan mendakwa dirinya serta anggota polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ atau tembak mati.

Dalam akuan berkanun (SD) bagi menyokong permohonannya, Azilah mendakwa Najib mengarahkannya menangkap serta ‘menghapuskan’ Altantuya yang dilabel sebagai perisik asing dan berbahaya kepada keselamatan negara.

Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah bagi menyemak semula sabitan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh wanita Mongolia itu.

Semalam, peguam terkenal, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah  menimbulkan persoalan bagaimanakah seseorang yang sudah dijatuhkan hukuman gantung boleh diberikan akses untuk bertemu seorang individu ternama ‘VVIP’ di luar penjara Kajang.

Banduan yang dimaksudkan oleh Shafee itu adalah Azilah.

– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast