Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melakukan sumpah laknat menafikan dakwaaan yang terkandung di dalam Akuan Bersumpah Azilah Hadri Jumaat ini.

Dalam hantaran terbaharu di laman Facebook, Najib memberitahu, sumpah laknat itu akan dibuat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini sejurus selepas solat Jumaat.

“Bismillahirrahmanirrahim

“Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh

“Saya berhasrat melakukan sumpah laknat menafikan dakwaan yang terkandung dalam Akuan Bersumpah yang dikeluarkan Azilah Hadri.

“Sumpah laknat ini akan saya buat di Masjid Jamek Kampung Baru di ibu negara sejurus selepas Solat Jumaat minggu ini,” katanya.

BACA: Azilah dakwa Najib arah bunuh Altantuya

Kelmarin, akuan bersumpah Azilah yang merupakan bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK)  dan sedang menanti hukuman gantung didedahkan berhubung pembunuhan kes berprofil tinggi membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dokumen yang disertakan dalam permohonan semakan kehakiman Azilah pada 17 Oktober lepas juga mendakwa dirinya serta anggota polis Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ atau tembak mati.

Azilah mendakwa Najib mengarahkannya menangkap serta ‘menghapuskan’ Altantuya yang dilabel sebagai perisik asing dan berbahaya kepada keselamatan negara. – MalaysiaGazette

7 Komen

    • Ko suruh la peminpin ko yg buat semburit sumpah laknat kalau berani.
      Rakyat dh lama tertunggu2.puak2 semburit pasti tk berani buat kerana mereka mmg kaki semburit.ambik contoh dsnjb yg berani bersumpah berani kerana benar.ko jgn jd bodoh.dsnjb nk membuktikn nye tk bersalah ko pun lg komen mc org bonggokk bodoh btoi ko ni mc lembu.

  1. Sumpah laknat hanya utk pasangan suami isteri yg saling menuduh zina….Tuan2 Mufti tolong betilkan keadaan ini agar umat tidak keliru dan memudahkan segalanya dgn sumpah.

  2. Ko pun sama… Lain kali belajar sampai abis jgn belajar sekerat lepas tu berhenti ke guru mati sebelum khatam 🙂

  3. Semuga Allah swt.menyerlahak kebenaran dan menghapuskan pemfitnah laknatullah. Yakjuj dan Makjuj telah ujud di Malaysia. Pemfitnah ini lah perbuatan bisikan mereka diakhir zaman yg.memporak perandakan umat Islam di seluruh dunia.

  4. Alhamdulillah syukur. Suatu tindakan kembali kpd penyerahan total kpd kekuasaan Allah swt. Baguslah. Tiada yg perlu ditakutkan apabila benar. Hanya org yg benar sahaja sanggup melakukan cara anjuran agama dlm menegakkan kebenaran. Apakah Anwar, Azmin, Mahathir, Rais Yatim, Mat Sabu berani buat apa yg sama dlm kes² mereka????

Comments are closed.