KUALA LUMPUR – Jika ada bantahan awal sudah tentu saya tidak buat sumpah laknat.
Itu tegas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran teguran Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri.
“Saya sengaja umumkan untuk bersumpah dua hari lebih awal. Tujuan saya buat begitu adalah memberi ruang untuk pihak berkuasa agama seperti JAWI dan Mufti Wilayah membantah atau menghalang saya.
“Ini bukan kali pertama saya lakukan begini. Saya pernah mengumumkan untuk bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman (UM) lebih awal. Namun atas kesukaran dari pentadbiran masjid, saya batalkan hasrat, dan tunaikan solat di Masjid Kerinchi yang berhampiran.
“Ya, saya orang yang mudah dibawa bincang.
“Jika ada bantahan awal, sudah pasti saya akan menarik kembali hasrat saya. Malangnya tiada,” katanya dalam hantaran di Facebooknya malam ini.
BACA: Jika saya berdusta, maka laknat Allah atas diri saya – Sumpah Najib
Bagaimanapun, menurut Najib, selepas dua hari saya bersumpah, maka JAWI dan pejabat mufti secara serentak mengeluarkan kenyataan.
“Mungkin ianya kebetulan. Walaupun begitu, saya tetap mengambil nasihat dan kritikan dengan hati yang terbuka.
“Hati saya cukup berat, ya mungkin Allah bagi saya petunjuk kepada saya bahawa isu bersumpah akan menjadi polemik besar,” ujarnya.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
JAWI wajar wujudkan peraturan larang sumpah laknat di masjid – Mufti
Ustaz2 yg berada disamping, tentu mampu memberi nasihat yg benar dan betul jika ikhlas berilmu.