KUALA LUMPUR – Maybank dinobatkan sebagai penerima anugerah Jenama Terbaik 2019 World Branding Awards di London, baru-baru ini yang merupakan kejayaan tahun keenam berturut-turut selain menjadi satu-satunya menerima pengiktirafan itu di bawah kategori perbankan Malaysia.

World Branding Awards adalah pengiktirafan jenama utama di bawah World Branding Forum, sebuah pertubuhan tidak berkeuntungan global berpejabat di London bagi meningkatkan aspek piawaian, kemahiran dan pendidikan untuk kalangan mereka dalam industri penjenamaan dan berkaitan serta masyarakat awam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Farid Alias menyifatkan kejayaan kali keenam berturut-turut sebagai bukti komitmen bank itu dalam misi untuk menginsankan perkhidmatan kewangan.

“Sejajar kedudukan kukuh dalam komuniti yang menerima perkhidmatan kami, Maybank juga yakin kejayaan ini turut berkait rapat dengan pencapaian komuniti kami. Inilah sebabnya mengapa keperluan dan pengalaman pelanggan itu menjadi keutamaan kami.

“Kami berbangga dan menghargai hubungan yang dibina menerusi sejarah bersama yang terbukti membolehkan kami untuk sama-sama mencatat kesejahteraan,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast