Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Fadzli Mohamad Kamal.

KUALA LUMPUR – Kenapa Fuziah salahkan kerajaan Pahang bukan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah?

Itu persoalan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Fadzli Mohamad Kamal.

Ia ekoran dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh hari ini yang mendakwa kerajaan negeri bertindak ganas kepada pekebun sayur di Cameron Highlands.

Sebelum itu, operasi penguatkuasaan dilakukan terhadap tanah-tanah yang diteroka secara haram di Cameron Highlands.

“Padahal, Fuziah sendiri tahu bahawa operasi penguatkuasaan tersebut dilakukan dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan agensi-agensi kerajaan Persekutuan seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highlands Bil 2/2019, yang dipengerusikan oleh Wan Azizah sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, menurut Fadzli, kenapa Fuziah hanya mahu menyalahkan kerajaan Pahang semata-mata dalam operasi penguatkuasaan itu.

“Kenapa Fuziah enggan menegur dan mengkritik TPM dan kerajaan Persekutuan?” soalnya lagi.

Malah, menurutnya, Fuziah juga tahu bahawa pekebun sayur di Sungai Tiang telah diberi notis sejak Februari tahun lalu, manakala pekebun sayur di Sungai Ichat telah diberi notis sejak Mac tahun ini, untuk mengosongkan kawasan kebun mereka.

Justeru, tuduhan Fuziah kononnya operasi penguatkuasaan berkenaan dilakukan pada waktu yang kurang sesuai, adalah tidak benar.

“Tindakan Fuziah ini ternyata berniat jahat dan cuba menangguk di air keruh dengan menyalahkan kerajaan negeri. Beliau juga dilihat hanya berhasrat menjadi juara dalam isu ini tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat Cameron Highlands.

“Kenyataan beliau tidak langsung membantu meredakan isu ini. Sebaliknya hanya mahu mengeruhkan lagi keadaa sedangkan Fuziah sendiri sedar bahawa telah berlaku pencemaran air yang sangat teruk di kawasan yang diterokai sehingga mengancam kesejahteraan masyarakat Cameron Highlands untuk jangka masa panjang.

Selain itu, kawasan yang sama berlaku pergerakan cerun yang mampu mengakibatkan bencana tanah runtuh pada masa depan.

“Kerajaan Pahang tidak boleh mengambil pendekatan popular demi memenangi hati kelompok tertentu, tambahan pula ia menyentuh soal nyawa, keselamatan dan kesejahteraan majoriti masyarakat di Cameron Highlands.

“Sebaliknya Kerajaan Pahang telah bertindak secara profesional dan berlandaskan kepentingan rakyat teramai serta mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Malah, keputusan itu turut sama dipersetujui oleh kerajaan Persekutuan,” katanya.

Justeru, menurutnya tidak timbul dakwaan kononnya kerajaan Pahang menindas atau menzalimi pekebun sayur yang terlibat. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Walaupun kawasan tadahan, Pahang perlu berunding – Fuziah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. 30 tahun meneroka dan mengutip hasil tanpa tindakan, dan dh jadi jutawan. Selama hari ni kerajaan buta dan tuli terhadap mereka.
    Rasanya tindakan ini adil utk rakyat.

  2. SAPE FAUZIAH NIE YER…. FAUZIAH OGY TU KER.

    FAUZIAH YG HEBAT MENENTANG LYNAS TU KER. CIANNN KAT DIA….. NANGIS SAMPAI BENGKAK2 MATA. TAPI DIA DAH SENYAP TANG ISU LYNAS TU.

    TAPI FAUZIAH YG BANGKIT ISU DI CAMERON HIGHLANDS…. I MEMANG TAK KENAL. BOLEH SAPE2 TOLONG BERI PENJELASAN…….

Comments are closed.