Ramkarpal Singh

KUALA LUMPUR – Sambil menuding jari kepada dua bekas Peguam Negara terdahulu yang didakwanya gagal merungkai kes pembunuhan Altantuya Shaarriibu kini Ramkarpal kini menaruh harapan kepada Tan Sri Tommy Thomas.

Menurutnya, Peguam Negara zaman Pakatan Harapan itu kini sedang meneliti semula kertas siasatan melibatkan model negara Mongolia itu.

Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam satu kenyataan hari ini berkata, Tommy sendiri kini sedang meneliti meneliti kertas siasatan berhubung pembunuhan itu sebelum mengarahkan siasatan baru dibuka.

Malah cadangan Tommy untuk membuka kertas siasatan baharu bagi kes tersebut sangat dialu-alukannya sebagai peguam mewakili keluarga model itu.

“Sebenarnya sehingga kini, kita belum tahu siapakah yang telah mengarahkan pembunuhan Altantuya ini. Malah kedua-dua peguam negara sebelum ini telah gagal memberikan jawapan sebenar bagi persoalan ini.

“Malah motif pembunuhan ini juga tidak pernah didedahkan sepanjang perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pada tahun 2015. Jadi sudah menjadi tanggungjawab Tommy untuk menyahur seruan merungkai kepada semua persoalan ini.

“Jika Tommy berjaya, maka ini adalah satu pencapaian terbaik sepanjang beliau menjadi Peguam Negara,” katanya lagi.

Ramkarpal juga dalam pada masa sama menyoal mengapakah Datuk Seri Najib Tun Razak yang selama ini dikaitkan dengan Altantuya malah ada Akuan Bersumpah (SD) kononnya beliau adalah orang yang mengarahkan pembunuhan itu tidak dipanggil untuk siasatan oleh polis.

Sebaliknya, katanya, dirinya berasa pelik sekali kenapa Najib yang juga bekas perdana menteri hanya sekadar dipanggil untuk membantu siasatan sahaja.

“Saya pelik juga mengapa Ketua Polis, Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam kenyataan baru-baru ini berkata Najib hanya mungkin akan dipanggil untuk membantu siasatan.

“Ini pelik kerana beliau antara yang dinamakan dalam SD baru-baru ini memberi arahan pembunuhan Altantuya, jadi yang sepatutnya beliau dipanggil untuk memberikan kenyataan sebenarnya.

“Hakikatnya, saya tidak dapat memberikan kesimpulan adakah SD yang di dedahkan oleh bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri itu sebagai benar atau sebaliknya sehinggalah Najib di panggil untuk beri keterangan.

“Saya mohon kepada Tommy untuk mengambil tindakan susulan sejurus selepas kertas siasatan oleh polis sampai kepada Jabatan Peguam Negara kelak,” ujarnya.

BACA:

Kes Altantuya cubaan segera mahu sumbat Najib masuk penjara

Minggu lepas, Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 April tahun depan untuk mendengar permohonan Azilah bagi menyemak semula sabitan hukuman mati yang dikenakan terhadapnya selepas didapati bersalah membunuh Altantuya.

Azilah membuat kejutan menerusi akuan bersumpah (SD) bertarikh 17 Oktober lalu  mendedahkan nama Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri di sebalik arahan pembunuhan serta menghapuskan mayat Altantuya.

SD tersebut didedahkan oleh portal berita Malaysiakini Isnin lepas.

Bagaimanapun pendedahan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh Najib selain mengemukakan permohonan untuk menjadi pencelah dalam kes tersebut kelak. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kertas siasatan kes bunuh Altantuya mungkin dibuka semula – AG

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast